Sumber teknologi Israel dan senjata nuklear

Pembeli Israel tidak menghadapi sebarang masalah bagi mengimport peralatan nuklear sensitif daripada Amerika Syarikat. Kurang daripada satu peratus permohonan U.S. untuk mengeksport peralatan dua-kegunaan nuklear ke Israel ditolak dari 1988-1992, menurut lapuran 1994 report oleh ( U.S. General Accounting Office ). Menurut lapuran tersebut, dianggarkan 90 peratus permohonan telah diluluskan, dan bakinya dipulangkan tanpa tindakan, masih diproses, dibatalkan, atau digantung.

Lapuran GAO menyebut bahawa dalam tempoh ini Amerika Syarikat meluluskan 238 lesen untuk komputer kepada pengguna Israel yang mempunyai kaitan dengan program nuklear yang tidak diselia badan dunia. Komputer yang diluluskan adalah lebih berkuasa berbanding sebarang eksport kepada pengguna sensitif di negara lain yang dibimbangkan mempunyai program nuklear. Komputer tersebut juga lebih berkuasa daripada yang digunakan untuk membangunkan kebanyakan senjata dalam simpanan nuklear U.S. Sejumlah 62 daripada 238 lesen, pihak Amerika menerima jaminan kerajaan-ke-kerajaan untuk tidak menggunakan komputer tersebut untuk pembangunan senjata nuklear, tetapi pegawai Amerika tidak pernah mengesahkan pematuhan.

Israel tidak menyertai ( Nuclear Nonproliferation Treaty ) (NPT) dan bukannya ahli kepada perjanjian antarabangsa untuk menghentikan pembiakan senjata kemusnahan pukal. Israel telah menandatangani tetapi tidak mengesahkan ( Chemical Weapons Convention ) (CWC). Kebanyakan eksport perkakasan Amerika Syarikat yang berkaitan dengan nuklear, kimua/biologi, atau peralatan berkaitan peluru berpandu memerlukan lesen untuk jualan kepada pembeli Israel. Negara Israel muncul dalam kesemua daftar kawalan Jabatan Perdagangan Commerce Department yang menamakan negara dan projek yang dibimbang membiakan senjata nuklear, peluru berpandu, kimia/biologi.